Artikel

Spekulasi: Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Dikhabarkan Telah Meletak Jawatan – Laporan

Terdapat spekulasi bahawa Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dikhabarkan meletak jawatan.

Astro AWANI melaporkan bahawa kedudukan TS Wan Zulkiflee tersebut bakal digantikan dengan individu profesional.

Setakat ini, pada ruangan laman rasmi Petronas masih lagi memperlihatkan kedudukan TS Wan Zulkiflee selaku Presiden. Tiada sebarang pengesahan lain dilakukan.

Tahun ini merupakan tahun ke 37 beliau berkhidmat bersama Petronas. TS Wan Zulkiflee telah menyertai Petronas sejak 1983 lagi dengan memulakan kerjaya beliau sebagai Jurutera Proses.

Setelah itu, beliau menyandang beberapa jawatan dan mula memegang jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April 2015.