Artikel

Amalan Penjarakan Sosial Turut Bantu Atasi Penurunan Kes Penyakit Berjangkit

Susulan daripada penerapan penjarakan sosial, kaedah ini dilihat berkesan dalam menurunkan kadar kes COVID-19. Namun tidak hanya virus tersebut, ia turut membantu menurunkan  kes yang ketara dalam penyakit berjangkit.

Ia bukan sahaja berkesan kepada kes COVID-19 namun ia turut berkesan kepada beberapa penyakit berjangkit yang lain.

  • Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) terdapat penurunan kes sebanyak 44.6 peratus;
  • Demam campak (measles) terdapat penurunan kes sebanyak 58.3 peratus
  • Cacar air (chickenpox) terdapat penurunan kes sebanyak 44.4 peratus

Malah Kementerian Kesihatan Malaysia turut melihat kesan positif ini adalah disebabkan amalan kebersihan kendiri yang tinggi telah berjaya diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Oleh itu, berikutan pembukaan sektor ekonomi ketika ini KKM telah memberi peringatan suapaya penerapan secara berterusan dapat dilakukan bagi memastikan catatan angka kes COVID-19 dapat dikurangkan.