Susulan pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Kerajaan akan memperuntukan sebanyak RM70 juta pada kempen Shop Malaysia Online.
Kempen ini bertujuan memberi galakkan kepada pengguna untuk kaedah pembelian secara atas talian. Aliran ini dapat dilihat rentetan krisis COVID-19 telah berjaya mengubah kaedah pembelian rakyat Malaysia setelah penerapan norma baharu dilaksanakan.
Selain itu, pada platform yang sama – pelbagai kod promosi dan baucar diskaun akan diberikan melalui plaform e-dagang. Ini bertujuan menarik dan meningkatkan pembelian pengguna pada platform tersebut.