Kerajaan kini telah tampil dengan inisiatif baharu iaitu Program My30 kepada rakyat Malaysia – di mana menawarkan pas perjalanan pengangkutan awam tanpa had dengan harga bulanan sebanyak RM30.
Inisiatif ini akan mula berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga akhir tahun, Disember 2020.
Kenyataan tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh YAB Muhyiddin Yassin pada perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Di mana pada pelan tersebut sebanyak RM35 bilion akan disalurkan bersama 40 inisiatif lain.
Program My30 ini bertujuan menawarkan kos pengangkutan awam Prasarana yang lebih rendah sebanyak RM30 sebulan bersamaan dengan penggunaan RM1 sehari bagi memudahkan perjalanan orang awam ketika ketidaktentuan ekonomi serta krisis COVID-19 ini berlaku.