Artikel

Tambahan RM50 Juta Skim PeKa B40 Bantu Rakyat Biayai Kemudahan Perubatan

Pada perutusan khas PENJANA sebentar tadi, YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengatakan terdapat penambahan peruntukan pada kemudahan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk makluman PeKA B40 bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Oleh itu pada insentif ini sebanyak RM50 juta akan diberikan bagi membiayai saringan kesihatan serta kemudahan peralatan perubatan bagi kumpulan tersebut.

Menerusi peruntukan tambahan tersebut ia dapat membantu melalui cabaran krisis COVID-19 tanpa sebarang kerisauan.