Artikel

RM35 Bilion Diperuntukkan Pada Pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara

YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini (5 Jun) telah mengumumkan pelaksanaan Pelan Pemulihan Ekonomi negara.

Sebelum ini, Kerajaan telah tampil dengan pakej rangsangan bantuan kepada rakyat seperti Pakej Prihatin dan Prihatin PKS Tambahan.

Di bawah pelan pemulihan tersebut, Kerajaan akan melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan peruntukan berjumlah RM35 bilion diberikan.

Pada perutusan khas sebentar tadi, terdapat tiga teras utama telah digariskan – ianya adalah memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk makluman, sebanyak RM10 bilion suntikan fiskal secara langsung akan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan pada pelan ini.

Malah turutt difahamkan terdapat 40 inisiatif akan dilaksanakan pada pelan ini.