Artikel

Tun Ali Rustam Dilantik Yang di-Pertua Negeri Melaka

Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah perkenan untuk melantik Tun Mohd Ali Rustam sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baharu.

Tun Mohd Ali Rustam menerima watikah perlantikan ini pada petang Khamis (4 Jun) di Istana Negara.

Beliau menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob sebagai Gabenor Melaka.

Tun Khalil dilantik ke jawatan tersebut pada 4 Jun 2004.

Tun Ali Rustam akan menjadi YDP Melaka yang ke-tujuh dalam sejarah negeri itu, sejak jawatan itu mula ditubuhkan pada 31 Ogos 1957.