Artikel

Wahed Invest Kini Melancarkan HLAL ETF Di Pasaran Nasdaq AS

Platform robo-advisor, Wahed Invest, yang telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ini mula melancarkan FTSE USA Shariah ETF (HLAL) semalam di New York.

Para pelabur di Malaysia kini boleh mengambil peluang tersebut untuk melabur di HLAL dengan menggunakan aplikasi Wahed Invest.

HLAL adalah sebuah Dana Dagangan Bursa (Exchange-Traded Fund – ETF) yang berlandaskan Syariah.

HLAL merupakan ETF Syariah pertama yang sedang didagang pada pasaran Nasdaq.

Pada platform HLAL ini, ia turut merangkumi ‘Indeks FTSE USA Shariah’ yang mengandungi 222 buah saham syarikat besar dan sederhana berdasarkan kepatuhan Syariah. Ini termasuklah saham seperti Apple, Procter & Gamble, Pfizer dan lain-lain.