Artikel

Malaysia Import 62% Cili – Timbalan Menteri Pertanian

Malaysia kini harus mula mengfokuskan kepada pengeluaran produk cili bagi pasaran domestik.

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia setakat ini penghasilan pengeluaran cili domestik sekadar mencatatkan 38% berbanding 62% cili import daripada negara luar.

Negara disarankan untuk mengurangkan kadar kebergantungan terhadap cili import dengan penglibatan golongan belia untuk mengusahakan tanaman berkenaan.

Saranan ini adalah susulan daripada sokongan Kerajaan terhadap penglibatan belia pada penghasilan tanaman cili tempatan. Ini sekaligus dapat meningkatkan peningkatan tahap sara hidup (SSL). 

Mengikut kenyataan Jabatan Pertanian bagi 2018, permintaan tanaman cili ialah 55,420 tan metrik setahun manakala pengeluaran dalam negara pula ialah 24,428 tan metrik setahun sahaja. 

Oleh itu, Datuk Seri Ahmad Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Satu mengatakan pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan bagi menggalakan penglibatan belia pada sektor ini. Antaranya adalah dengan menjalankan Program Agropreneur Muda bagi membantu kumpulan petani muda tempatan.