Artikel

Jabatan Perangkaan Jangka Landskap Ekonomi Negara Terus Merudum

Kemelesetan ekonomi Malaysia kini dijangka terus merudum sehingga tempoh empat hingga enam bulan akan datang.

Hasil tinjauan Perangkaan Ekonomi Malaysia (MESR) Jabatan Perangkaan Malaysia ini dilihat kepada catatan petunjuk awal, Petunjuk Utama (LI) berdasarkan bulan April dan Mei 2020 yang memperlihatkan pelbagai penurunan pada aktiviti ekonomi negara. 

Bagi mengatasi permasalahan ini, pelbagai kaedah perlu diteliti.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, keperluan penglibatan teknologi dalam pertumbuhan ekonomi negara perlu diperkasakan dengan menggunakan platform Revolusi 4.0. Khususnya pada industri berasaskan komoditi dengan meningkatkan pengagihan dana untuk penerapan latihan keusahawan dan pemahaman digital.

Selain itu, kadar pengganguran juga perlu dikawal dengan memastikan permintaan tenaga buruh untuk separuh kedua 2020 dapat terus diperluaskan. 

Setakat ini, MERS telah tampil dengan kaedah perkongsian data berkenaan industri utama negara bersama pihak berkepentingan dan kerajaan. Tindakan ini dapat membantu para pemain industri yang terdiri daripada tenaga kerja, syarikat, dan para pelabur untuk lebih memahami corak landskap ekonomi negara ketika ini.