Susulan keadaan pasaran telah berubah secara drastik dan negara pula kini berada pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini telah membawa kepada penurunan produktiviti aktiviti ekonomi dunia.
Secara tidak langsung ini turut memperlahankan proses pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan pelancaran 5G bagi negara.
Menurut Kenanga Research, pelaksanaan tersebut perlu teliti semula oleh pemain industri. Di mana, mereka melihat pelbagai kesukaran sedang dialami dengan kerja pemasangan dan pengembangan sambungan internet, yang terhad kepada penyelenggaraan infrastruktur dan kemungkinan membantutkan pengembangan rangkaian.
Selain itu, tidak dapat dipastikan apakah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dapat mengkaji semula agenda untuk para pemain industri dengan menawarkan pakej jalur lebar pada peringkat awal dengan PNK 1% pada tahun 2020, iaitu sekitar RM40 sebulan.
Malah, tempoh makluman yang lama dari pihak berkepentingan berkenaan peruntukan spektrum 5G kepada peserta dan konsortium juga telah mendorong kepada kelewatan pengkomersialan yang disasarkan pada suku ketiga tahun ini.
Kenanga juga turut menjangkakan beberapa risiko perniagaan seperti kehilangan pendapatan dari pelanggan, pelanggan akan beralih kepada pilihan yang lebih murah ditawarkan oleh pesaing, masalah kehilangan pelanggan syarikat akan berlaku.
Bagaimanapun, syarikat telekomunikasi akan terus dianggap memiliki potensi dalam kelangsungan untuk jangka masa panjang dan sebagai tambahan kepada pemulihan ekonomi untuk jangka sederhana, namun penurunan akan berlaku sekiranya krisis COVID-19 ini bertambah buruk.