Artikel

Ismail Omar, Loo Took Gee Umum Pengunduran Diri Dari Media Prima

Media Prima Bhd mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Ismail Omar dan Datuk Loo Took Gee sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif.

Peletakan jawatan tersebut telah berkuat kuasa pada hari ini (2 Jun).

Menurut Media Prima, Ismail dan Loo telah memutuskan untuk mengundurkan diri mereka bagi memberi fokus kepada komitmen lain.

Untuk makluman, Ismail sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengerusi The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd dan ahli lembaga pengarah Media Prima Digital Sdn Bhd.

Manakala Loo pula pernah berkhidmat dengan kerajaan selama 37 tahun sebagai pegawai Perkhidmatan Pentadbiran dan Diplomatik.

Beliau kini menganggotai YTL Power International Bhd dan Hartalega Holdings Bhd.