Artikel

MP Tanjong Karang Kini Dilantik Sebagai Pengerusi Baharu MISC

Tan Sri Noh Omar kini telah dilantik menjadi Pengerusi Baharu subsidiari Petronas, MISC Bhd berkuat kuasa pada 1 Mei (semalam).

Pelantikan ini telah disahkan oleh Bursa Malaysia di mana TS Noh kini menggantikan Datuk Ab Halim Mohyiddin, yang masih kekal sebagai Pengarah Bebas dalam lembaga pengarah syarikat terbabit.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 2008 hingga 2009.

Setelah itu, TS Noh telah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2009 hingga 2013.

Malah beliau turut memiliki pengalaman dengan menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor sebelum kembali ke kabinet sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 2016 sehingga 2018.