Negara kini sedang berdepan dengan cabaran baharu, iaitu peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.
Peningkatan kes ini merangkumi kes import dari luar negara, penularan kes COVID-19 di kalangan bukan warganegara di beberapa Depot Tahanan Imigresen (DTI), dan juga di kalangan pekerja bukan warganegara pelbagai sektor di dalam komuniti.
Perkara ini telah dimaklumkan pada siang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi.
KKM mengatakan kumpulan ini tidak harus disisihkan, negara perlu membantu mereka bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19. Ini kerana kehadiran mereka telah membantu memperkasakan ekonomi negara.
Antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan menangani masalah penginapan pekerja asing yang sempit dan sesak. Ini bagi memutuskan rantaian jangkitan.
Selain itu, pihak berkuasa perlu mewajibkan pekerja asing yang berada di Zon Merah perlu melalui proses saringan. Saranan yang sama perlu digalakkan kepada pekerja di Zon Kuning dan Hijau.
Seterusnya, pihak kedutaan pula perlu memainkan peranan dengan berkerjasama dalam memastikan kaedah komunikasi kepada pekerja asing dapat dilakukan dengan baik. Tindakan ini supaya mereka memahami situasi sebenar dan mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan.