Artikel

KKM Kini Telah Mengesan Satu Kluster Baharu – Syarikat Pembersihan

Pada persidangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, mereka telah mengenalpati satu kluster baharu yang melibatkan pekerja bukan warganegara Malaysia di syarikat pembersihan.

Setakat ini, sebanyak 24 kes positif COVID-19 telah dilaporkan pada kluster ini.

Laporan kes ini telah dikesan pada sebuah klinik swasta yang menjalankan ujian saringan ke atas para pekerja syarikat pembersihan.

Menerusi kluster ini terdapat dua penempatan pekerja telah dikesan, di mana 20 orang pekerja menetap di asrama Kuala Langat, Selangor. Manakala, 4 lagi individu menginap di sebuah pangsapuri Nilai, Negeri Sembilan.

KKM kini sedang melakukan proses pencegahan dan pengawalan ke atas penempatan kluster tersebut. Malah, syarikat pembersihan tersebut turut melakukan aktiviti yang sama.

Susulan pengawalan ini, seramai 428 kontak rapat individu telah dikenalpasti untuk menjalani saringan COVID-19.