Artikel

Rakyat Malaysia Lebih Gemar Membuka Akaun Bank Menerusi Telefon Pintar – FICO

Menerusi tinjauan Perbankan Digital Pengguna FICO, sebuah firma analisis global menunjukkan 23% pengguna Malaysia lebih gemar membuka akaun bank di telefon pintar mereka, berbanding rakyat Amerika Syarikat dengan 18% dan Kanada hanya 16% sahaja.

Tinjauan ini meliputi penyertaan 5,000 pengguna dari setiap 10 buah negara. Ianya terdiri daripada Malaysia, Brazil, Jerman, Mexico, Kanada, Filipina, Turki, Sweden, United Kingdom dan AS.

Pada hasil tinjauan tersebut telah memperlihatkan budaya pembukaan akaun secara dalam talian ini sudah menjadi kebiasaan di Malaysia. Di mana, 78% rakyat Malaysia menunjukkan mereka ingin membuka akaun bank secara dalam talian.

Selain itu, 65% dari mereka pula akan mempertimbangkan untuk melakukan transaksi bagi harian, 45% untuk kad kredit dan 28% untuk pinjaman peribadi.

Menurut Subhashish Bose, sokongan kepimpinan Malaysia secara aktif telah mendorong pembangunan dan pelaburan dalam ekonomi digital yang merupakan sekitar seperlima dari KDNK negara. Faktor-faktor ini telah mendorong asas pengguna menggunakan peranti pintar sebagai alternatif mereka.