Artikel

Tanggungjawab Sosial Perlu Diteruskan Bagi Menurunkan Tren Penularan COVID-19 – KKM

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), didapati tren penularan COVID-19 di kalangan masyarakat setempat semakin berkurangan dari minggu sebelumnya.

Setakat ini, didapati jumlah kes positif COVID-19 dari 4 Mei 2020 sehingga 27 Mei 2020 adalah 1,189 kes. Daripada jumlah ini, kes di kalangan warganegara Malaysia adalah hanya 22.7 peratus iaitu 270 kes, manakala 77.3 peratus pula melibatkan kes bukan warganegara iaitu 919 kes (termasuk 383 kes bukan warganegara di dalam tiga buah Depot Tahanan Imigresen).

Ini tidak mungkin dicapai tanpa  kerjasama dan kepatuhan orang ramai kepada nasihat, saranan dan SOP Kerajaan, serta juga aktiviti penguatkuasaan oleh pelbagai agensi Kerajaan.

Sekiranya usaha-usaha ini diteruskan oleh semua dengan sikap dan rasa tanggungjawab sosial, pastinya masyarakat dapat memutuskan rantaian penularan virus COVID-19 di Malaysia.