Artikel

Visa Umum Penglibatan 28 Syarikat Menggunakan Perkhidmatan Token

Visa hari ini mengumumkan kerjasama dengan 28 syarikat pada Perkhidmatan Token Visa.

Kerjasama tersebut terdiri daripada Assist, Aurus, BlueSnap, Braspag, Bambora, DPO PayGate, eComCharge, Fat Zebra, eGHL, Infinitium, iPay88, Iveri, LiqPay/PrivatBank, Mail.ru, Moneris, One Inc., Omise, Payture, Payvision, Portmone, RBK.Money, Spreedly, Tickets Travel Network EESTI, Tranzzo, WalletDoc, WayForPay, Windcave, dan Yandex.Money.

Menerusi kerjasama ini ia dapat membantu memudahkan pengukuhan keselamatan transaksi digital pada platform masing-masing, di mana pelanggan mereka dapat melakukan pembayaran dengan hanya menggunakan sistem token sahaja.

Kaedah token ini dapat menggantikan nombor akaun 16 angka Visa dengan token yang boleh didedahkan oleh Visa, ia sekaligus dapat melindungi kad pengguna daripada digodam oleh pihak penipu atas talian.

Melalui kaedah token ini ia dilihat berkesan untuk menjadi faktor penambahbaikan dalam pengalaman pengguna untuk kewangan digital. Kaedah ini juga dapat menyokong kemudahan dalam pembayaran mudah alih untuk mana-mana platform e-dagang.