Selaku platform kriptowang – petukaran mata wang digital, Tokenize Xchange telah tampil dengan kenyataan mereka berhubung penggunaan sebenar kriptowang dalam arena kewangan.
Ini adalah perspektif mereka tentang bagaimana pembelian dan penjualan pelbagai mata wang digital yang mapan dapat dilakukan oleh pengguna dan pelabur baharu.
Platform ini turut memiliki lulusan dari Suruhanjaya Sekuriti bagi pengendalian pertukaran aset digital.
Apa itu teknologi rantaian blok, dan mengapa dipercayai?
Rantaian blok, kadang-kadang disebut sebagai Teknologi Lejar Terdistribusi (DLT), menjadikan sejarah aset digital berubah dan telus melalui penggunaan desentralisasi dan hashing kriptografi.
Bagaimanakah rantaian blok berbeza dengan lejar perbankan?
Perbezaan bagi kedua-dua ini adalah lejar perbankan hanya dikawal oleh seorang individu sahaja sementara itu rantaian blok pula dikawal oleh sekumpulan individu (ia merangkumi dua pihak berbeza).
Bagaimana urus niaga kriptowang dilaksanakan?
Urus niaga kriptowang berlangsung menggunakan perisian yang disebut sebagai “dompet kriptowang.” Individu akan membuat transaksi menggunakan perisian dompet untuk memindahkan baki dari satu akaun (alamat awam) ke yang lain. Manakala, untuk memindahkan dana pula, kata laluan yang berkaitan dengan akaun diperlukan. Transaksi yang dilakukan antara dua pihak akan disimpan dan kemudian disiarkan ke rangkaian kriptowang dan akan ditambahkan ke catatan kewangan umum.
Mengapa pengguna harus memberi tumpuan kepada kriptowang, dan apakah tindakannya pada masa akan datang?
Kriptowang bertujuan untuk mengembalikan demokrasi kewangan kepada pengguna seperti kita, ia akan merancang semula bagaimana orang menyimpan, berbelanja, melabur dan memperoleh pendapatan pada landskap kewangan masa hadapan.
Apakah kesan terhadap nilai kriptowang?
Kos tenggelam yang diperlukan untuk menampung bitcoin akan menjadi salah satu aspek asas, lebih dari itu adalah dinamik penawaran dan permintaan peserta pasaran. Prospek makro global juga akan memainkan peranan penting, misalnya dalam tempoh hiperinflasi atau pelonggaran kuantitatif tanpa had, kriptowang akan memainkan aset penting untuk melindungi inflasi.
Apa kelebihan utama menggunakan kriptowang, dan apakah kelemahan menggunakannya?
Pada masa ini, ia adalah kaedah yang sangat berkesan untuk memindahkan nilai kepada rakan pengguna, hanya memerlukan internet untuk melakukannya. Walau bagaimanapun, bagi ahli baharu, mungkin sukar untuk memahami bagaimana dompet kriptowang berfungsi kerana konsep kunci awam dan peribadinya sukar untuk difahami.
Pembahagian Bitcoin – apakah maksudnya, dan apakah kesan penurunan pada arena kriptowang?
Halving Bitcoin (pembahagian Bitcoin) – kadang-kadang disebut sebagai halvening – adalah pengurangan terancang yang diterima oleh pelombong (istilah tersebut digunakan dalam kod Bitcoin). Penembusan berlaku setiap empat tahun sekali – lebih tepatnya, setiap 210,000 blok transaksi.
Memandangkan penularan wabak ketika ini, adakah ini masa yang sesuai untuk rakyat Malaysia memulakan langkah dalam arena kriptowang?
Selagi ada pengurusan risiko modal yang tepat, pengguna boleh melabur dalam jumlah yang mereka mampu rugi. Bagi pihak tokenize Xchange, sekarang akan menjadi masa yang tepat untuk pengguna memulakan langkah mereka pada arena kriptrowang.
Nasihat kepada pelabur baharu dan yang berpengalaman, berikutan musim yang tidak menentu ini?
Untuk pelabur baharu, mulakan pelaburan yang kecil dan hanya melaburkan sejumlah wang yang pengguna boleh tanggung risiko kehilangannya. Sementara itu, bagi pelabur yang berpengalaman pula, Tokenize Xchange berpendapat kumpulan ini boleh mempelbagaikan aset portfolio mereka dengan menjadikan kriptowang sebagai kaedah pintar untuk mempelbagaikan risiko mereka. Selain itu, pelabur berpengalaman dapat bertindak sebagai pemangkin untuk meningkatkan pulangan portfolio. Nasiha lain, jangan taruhkan kesemua aset pengguna dalam satu masa.
Melalui platform semua dalam satu ini – ia bukan sahaja mudah digunakan, malah pengguna akan perolehi akses kepada kriptowang yang sedia ada dan baharu. Di Malaysia, mereka menawarkan perdagangan 3 kriptowang: Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan Ripples (XRP).
Buat pengguna yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh layari pautan ini https://tokenizemalaysia.com.
**Hong Qi Yu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Tokenize Xchange, sebelum ini merupakan pemaju di Bambu, syarikat startup fintech. Memiliki pengalaman yang lama dalam perdagangan dan menguruskan portfolio pelaburan di seluruh FOREX, ekuiti, dan mata wang digital. Qi Yu memulakan Tokenize Xchange kerana beliau melihat potensi yang belum dimanfaatkan dalam teknologi kriptowang dan rantaian blok, dan kekurangan platform pertukaran holistik.