Berdasarkan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 5,559,130 kes COVID-19 telah dicatatkan di seluruh dunia sehingga 26 Mei 2020.
Daripada jumlah ini sebanyak 348,610 kes kematian telah dilaporkan setakat ini.
Pandemik ini dilihat semakin serius dan masih jauh dari berakhir. Setakat ini, negara Malaysia telah menyumbang kepada 0.14 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dari seluruh dunia.
Setelah peningkatan jumlah kes COVID-19 yang dilihat beberapa hari lalu di Malaysia, hari ini didapati kes baharu telah berkurang kembali kepada dua angka.
Daripada jumlah kes baharu hari ini iaitu 15 kes, sebanyak lima (5) kes adalahttps://rnggt.com/wp-admin/post-new.php#category-addh penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia.
Peningkatan kes positif COVID-19 yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan oleh pengesananan kes-kes COVID-19 di beberapa Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan lain-lain kluster aktif yang melibatkan bukan warganegara Malaysia.
Ini adalah susulan tindakan pendekatan tertumpu (targeted approach) Kerajaan dalam membendung penularan kes COVID-19.
Penurunan kes COVID-19 penularan tempatan ini adalah selaras dengan unjuran sebelum ini oleh KKM, dan adalah hasil tindakan-tindakan kesihatan awam yang telah dilaksanakan sejak satu bulan lepas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Penurunan ini turut dibantu dengan pematuhan orang ramai terhadap norma dan kelaziman baharu, serta Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan bagi pelbagai sektor dan industri.
Namun begitu, KKM khuatir mungkin akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 susulan pergerakan orang ramai melalui aktiviti kunjung-mengunjung, merentas negeri dan pergaulan di kalangan masyarakat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.