Stanley Ho, hartawan kelahiran Hong Kong yang telah membawa perubahan kepada Macau sebagai hab perjudian terbesar di dunia, telah meninggal dunia semalam (26 Mei).
Menurut laporan AFP, kenyataan ini telah dimaklumkan oleh ahli keluarganya sendiri. Beliau telah meninggal dunia pada jam 1 tengahari semalam di Hospital Hong Kong Sanatorium.
Dalam arena perniagaan, beliau sememangnya dikenali sebagai Bapa Kasino Macau, ini kerana memainkan peranan yang penting dalam mengubah bandar semi-autonomi di pesisir selatan China menjadi sebuah bandar pusat perjudian.
Stanley Ho telah memonopoli industri permainan sehingga tahun 2002 ketika pemerintah mengizinkan pelabur asing, ini melonjakkan ledakan dengan menyaksikan penglibatan kasino telah menyumbang sekitar 80% daripada pendapatan tahunan bandar dan mengatasi Las Vegas.
Kini Empayar hotel kasino Sociedade de Jogos de Macao Holdings (SJM) masih tetap menjadi pemain utama di Macau.