Artikel

Pelancaran SpaceX Dragon Jadi Batu Loncatan Kepada Perdagangan Ruang Angkasa

Elon Musk kini sedang mengfokuskan kepada pembangunan pelaburan perdagangan ruang angkasa.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan pelancaran kapsul SpaceX Dragon. Elon Musk, yang merupakan Ketua Eksekutif Tesla Inc. dan Pemilik SpaceX menyifatkan sekiranya pelancaran itu berjaya – ia mampu membawa kepada peluang perdagangan ruang angkasa kepada semua pihak tidak hanya terhad kepada angkasawan sahaja.

Menurut Matthew Weinzierl, ahli ekonomi pada pengamatannya terdapat kenaikan pelaburan pada firma angkasa. Weinzierl telah menyenaraikan beberapa syarikat, termasuklah SpaceX.

Keyakinan ekosistem ini perlu dibentuk, di mana kesediaan pembiayaan perdagangan ruang angkasa perlu ditentukan, sumber dan modal perlu diperuntukkan untuk penggunaan terbaik sert inovasi perlu dipupuk. Menerusi tindakan ini, pelabur dan usahawan akan diperlukan.

Mereka akan mencari keuntungan besar yang dijanjikan oleh perdagangan ruang angkasa, tetapi juga harus menanggung risiko yang sangat besar. Sekiranya Musk berjaya hari ini, risiko yang mereka hadapi akan turun.