Artikel

Pembukaan Taman Tema Genting Highlands Ditunda Sehingga Suku Ketiga 2021

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pembukaan taman tema Genting terpaksa ditunda lagi.

Seperti yang sedia maklum, taman tema Genting Highlands yang bernilai bilion itu dijangka dibuka pada suku ketiga tahun ini.

Namun, penganalisis syarikat tersebut telah memaklumkan pembukaan taman tema tersebut hanya dapat dilancarkan pada suku ketiga tahun hadapan sahaja, 2021.

Ini kerana kerja-kerja pembangunan taman tema tersebut telah dipengaruhi oleh PKP.

Sebahagian penganalisis menyifatkan kelewatan pembukaan tersebut telah melebihi 12 bulan. Ia dilihat sebagai jangkaan negatif terbesar pada kumpulan Genting.

Perancangan awal kumpulan tersebut pada pembukaan taman tema adalah pada 2017 atau 2018, dengan membawa jenama ’20th Century Fox’.

Namun, pada bulan November 2018, GenM – anak syarikat Genting telah mengemukakan saman terhadap Walt Disney Co, yang mengambil alih Fox Entertainment Group dan beberapa aset harta intelek berjenama Fox.

Tindakan tersebut telah memperlahankan gerak kerja pembukaan.

Kini kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan pada Julai tahun lalu, di mana taman tema tersebut akan melakukan beberapa pelaksanaan dengan harta aset intelektual Fox tanpa melakukan penjenamaan.