Artikel

172 Kes Baharu Pada Hari Raya Kedua, Dimana 159 Merupakan Kes Pekerja Asing

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan satu kluster baharu yang telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Sepang.

Daripada 172 kes baru yang dilaporkan pada Isnin (25 Mei), 5 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 167 kes penularan tempatan, 159 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 112 kes telah dikesan di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI) di mana.

KKM menasihatkan orang ramai agar tidak perlu bimbang kerana depot-depot Imigresen ini merupakan tempat yang terasing daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa.

Sehingga 25 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 1,449 sampel telah diambil di mana:

  • 36 kes positif COVID-19 dikesan (29 kes dilaporkan hari ini);
  • 540 kes negatif COVID-19; dan
  • 873 sampel masih menunggu keputusan

Bagi kluster DTI Bukit Jalil, sebanyak 1,536 sampel telah diambil yang terdiri daripada 1,422 Orang Kena Tahan (OKT) dan 114 kakitangan. Daripada jumlah tersebut, 126 kes adalah positif, 514 kes adalah negatif dan 896 sampel masih menunggu keputusan.

Bagi kluster DTI Semenyih, sebanyak 1,757 sampel telah diambil yang terdiri daripada 1,630 OKT dan 127 kakitangan. Daripada jumlah tersebut, 66 kes adalah positif, 753 kes adalah negatif dan 938 sampel masih menunggu keputusan.

Secara keseluruhan setakat ini, didapati 227 kes positif daripada ketiga-tiga kluster DTI ini adalah melibatkan bukan warganegara Malaysia, iaitu:

  • 53 kes warganegara Bangladesh; o 41 kes warganegara India;
  • 38 kes warganegara Indonesia;
  • 37 kes warganegara Myanmar;
  • 28 kes warganegara Pakistan;
  • 17 kes warganegara China;
  • Empat (4) kes warganegara Kemboja;
  • Tiga (3) kes warganegara Nepal;
  • Dua (2) kes warganegara Sri Lanka;
  • Satu (1) kes warganegara Filipina;
  • Satu (1) kes warganegara Libya;
  • Satu (1) kes warganegara Mesir;
  • Satu (1) kes warganegara Syria;

Pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan telahpun dijalankan misalnya, aktiviti nyah kuman, pendidikan kesihatan seperti penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta penekanan mengenai penjarakan sosial.

Bagi memastikan kes-kes jangkitan COVID-19 dapat dikesan sepenuhnya, KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah akan meneruskan tindakan seterusnya iaitu menggunakan pendekatan tertumpu (targeted approach), misalnya:

  • Siasatan, pengesanan kontak rapat, penilaian risiko oleh pihak yang berkaitan;
  • Saringan gejala dan persampelan untuk mengesan kes secara aktif;
  • Kes positif akan diisolasi dan dirawat di hospital, manakala kontak rapat akan diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta 342

KKM akan terus bekerjasama dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain agensi Kerajaan bagi pengurusan kes COVID-19 yang melibatkan Depot Tahanan Imigresen.