Syarikat penyewaan kereta terkemuka di dunia, Hertz Global Holdings Inc sedang bersiap sedia untuk memulakan prosedur untuk memfailkan diri mereka sebagai sebuah syarikat muflis.
Ini susulan firma itu gagal mencapai persetujuan dengan pemiutang mereka.
Perkara ini dilaporkan oleh Wall Street Journal.
Syarikat itu, yang mengendalikan jenama sewa kereta Hertz, Dollar dan Thrifty, telah mengadakan perbincangan dengan pemiutang setelah gagal membuat pembayaran sewa kereta pada bulan April.
Pemiutang-pemiutang mereka telah meminta pembayaran awal dari syarikat itu sebagai perjanjian dari isu ini berlarutan, tetapi kedua-dua pihak tidak dapat mencapai kesepakatan, menurut laporan WSJ.
Hertz ditubuhkan lebih seratus tahun lalu. Pemegang saham terbesarnya adalah pelabur jutawan Carl Icahn.