RON95 Naik 7 Sen – Kini RM1.38 Seliter

Written by Liyana · 19 sec read

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan secara mingguan, telah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Ini adalah penetapan harga runcit petroleum mingguan pada 23 Mei 2020 sehingga 29 Mei 2020.

Harga runcit petrol RON95 naik 7 sen pada paras RM1.38 seliter. Manakala harga RON97 juga naik 7 sen pada RM1.68 seliter dan Diesel juga naik 6 sen dengan harga RM1.51 sen.

Kenaikan ini disebabkan peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Berikutan itu, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak dunia bagi memastikan kebajikan rakyat negara terjamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *