Raikan Hari Raya Dengan Penyediaan Makanan Sihat, Selamat – KKM

Written by Liyana · 16 sec read

Sambutan Hari Raya Aidilfitri sememangnya tidak lengkap tanpa menjamah juadah istimewa Hari Raya. Ini sememangnya menjadi amalan masyarakat Malaysia di Hari Raya. 

Bagi memastikan juadah ini dapat dinikmati dengan selamat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan proses penyediaan makanan perlulah diberi perhatian terutamanya dari segi cara masakan.

Tindakan ini bagi memastikan makanan yang disediakan untuk ahli keluarga yang tersayang adalah bersih dan selamat.

KKM menasihatkan orang ramai agar sentiasa mempunyai sikap dan rasa bertanggungjawab semasa menjalankan sebarang aktiviti perayaan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *