Pegawai Hadir Mesyuarat Kabinet Sah Positif, Tetapi PM Muhyiddin Negatif Dan Kuarantin 14 Hari

Written by Liyana · 21 sec read

Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin kini telah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

Ini susulan daripada seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri telah disahkan positif Covid- 19.

Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini.

Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Sebagai makluman, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *