Maybank hari ini (22 Mei) mengumumkan keuntungan sebelum cukai (PBT) bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac (S1TK20) telah meningkatkan 14.2% kepada RM2.8 bilion.
Berbanding tahun lalu sekadar mencatatkan RM2.45 bilion pada tempoh yang sama.
Peningkatan ini didorong kerana kenaikan pendapatan operasi bersih sebanyak 14.7%.
Prestasi hasil ini merangkumi catatan pulangan ekuiti sebanyak 10.6%, dan perolehan sesaham 18.2 sen meningkat 11.4% daripada 16.4 sen sesaham pada tempoh yang sama tahun lalu.
Meskipun kesan COVID-19 ini tidak dapat dilihat sepenuhnya pada catatan suku pertama, Maybank tetap dapat mengawasi kualiti aset dan dapat berkhidmat secara proaktif dengan menyediakan pakej bantuan kepada pelanggan.