Khazanah Raih RM735.7 Juta Hasil Penempatan Saham TM

Written by Liyana · 21 sec read

Khazanah Nasional hari ini (22 Mei) umum raih RM735.7 juta setelah menempatkan 172.3 juta saham Telekom Malaysia Berhad pada harga RM4.27 sesaham.

Harga penempatan ini mewakili diskaun 3.61% pada harga penutup pasaran bagi saham TM yang bernilai RM4.43 pada 21 Mei 2020.

Penempatan saham ini juga akan digunakan untuk pelaburan baharu pada masa hadapan serta usaha pemelbagaian peruntukan aset Khazanah. Selain itu, ia juga membolehkan Khazanah meningkatkan apungan bebas dan daya tarikan saham TM sebagai pelaburan.

Sebahagian besar pembeli adalah terdiri daripada pelabur institusi domestik. Untuk makluman penempatan saham ini adalah berkaitan sektor telekomunikasi terbesar di Malaysia dan ketiga terbesar di ASEAN pada tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *