Artikel

Ahli Parlimen Bertam Dilantik Pengerusi PERDA

Khaliq Mehtab Mohd Ishaq hari ini telah dilantik Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang baharu.

Perkara ini telah disahkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Selain Khalid Mehtab, dua lagi Ahli Lembaga Pengarah PERDA turut dilantik iaitu Dato’ Dr. Ir Shaik Hussein bin Mydin dan YB Mohd Yusni bin Mat Piah.

KPLB yakin dengan ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman barisan yang telah dilantik ini, dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan Agensi pada masa akan datang