Pada perkembangan angka kes positif COVID-19 hari ini (21 Mei) terdapat satu kluster baharu telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen, Bukit Jalil.
Seramai 645 individu telah disampel secara keseluruhan, daripada jumlah tersebut terdapat 35 orang telah dikesan positif, manakala 400 orang disahkan negatif, sementara 210 lagi masih menanti keputusan.
Kesemua angka itu adalah melibatkan bukan warganegara Malaysia iaitu 17 warga Myanmar, 15 warga India, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Bangladesh dan seorang warga Mesir.
Susulan pengesanan itu, pelbagai aktiviti pencegahan seperti nyah kuman, pembersihan dilakukan bagi membasmi penularan.
Menurut KKM, punca jangkitan masih lagi dalam siasatan.