Ahli Parlimen Gerik Dilantik Sebagai Pengerusi SPNB

Written by Liyana · 18 sec read

Dato’ Haji Hasbullah kini dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Pelantikan itu berkuat kuasa sejak 12 Mei lalu sehingga 11 Mei 2022 ini. Ia juga telah disahkan sendiri oleh SPNB.

Sebelum ini, Dato’ Hasbullah memiliki pengalaman sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pelaburan TH Properties Sdn Bhd Anak Syarikat Tabung Haji, Ahli Lembaga Pengarah Ladang Lekir Anak Syarikat Perbadanan Pertanian Negeri Perak.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi ahli lembaga Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pengerusi Pusat Reka Bentuk Pembangunan Malaysia Sdn Bhd Anak Syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *