Artikel

Liabiliti Korporat Akan Dilaksanakan Mulai 1 Jun Ini

Kerajaan kini telah menetapkan pelaksanaan undang-undang Liabiliti Korporat, mulai 1 Jun 2020.

Penetapan ini bagi menggalakkan organisasi komersial mengambil langkah-langkah yang bersesuaian dan selari bagi memastikan perniagaan yang dijalankan tidak terlibat dengan aktiviti rasuah.

Tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan dalam memerangi rasuah, memperbaiki integriti dan melaksanakan urus tadbir yang lebih baik.