Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin – seorang wanita hamil 32 minggu yang telah pulang ke kampung halaman di Kelantan pada 7 Mei lalu disahkan positif COVID-19.
Tindakan kepulangan wanita itu adalah setelah kerajaan melonggarkan aktitivi rentas negeri.
Pesakit ini ketika ini berada di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ). Pihak hospital sedang mengesan kontak-kontaknya. Setakat ini, keluarganya negatif. Hanya dia seorang sahaja positif.
Bagaimanapun keluarga pesakit tersebut telahpun dikuarantin bagi tujuan pemantauan.
Kedah dan Kelantan telah merekodkan masing-masing satu kes baharu positif #COVID19 sekaligus hilang status negeri zon hijau. pic.twitter.com/X4mAvTakso
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) May 20, 2020
Setakat ini, selain Kelantan, Kedah juga telah merekodkan satu kes baharu positif sekaligus hilang status negeri zon hijau.