Artikel

Facebook Shops Bantu Warga PKS Mendigitalkan Operasi Perniagaan

Facebook hari ini (20 Mei) telah tampil dengan ciri baharu Facebook Shops.

Dalam sesi Facebook Live hari ini, CEO Mark Zuckerberg menggambarkan tindakan ini sebagai kaedah untuk membantu perniagaan yang terjejas disebabkan COVID-19.

Di mana ia berfungsi untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengubah landskap ekonomi mereka kepada pendigitalan – secara dalam talian.

Apa yang menarik adalah ia ditawarkan secara percuma. Para peniaga boleh mengakses plaform ini menerusi medium Facebook dan Instagram. Ciri ini memudahkan pelanggan untuk terus kekal berhubung bersama peniaga.

Selain percuma, segala maklumat perniagaan juga boleh dipaparkan mengikut kesesuaian halaman peniaga sendiri.

Sebagai sebahagian daripada pengumuman ini, Facebook mengatakan bahawa ia akan bekerjasama dengan Shopify, BigCommerce, Woo, Channel Advisor, CedCommerce, Cafe24, Tienda Nube dan Feedonomics.

Setakat ini, ciri Facebook Shops akan dilaksanakan secara peringkat, bermula dengan Amerika Syarikat dan akan diperluaskan pada negara lain kelak.