Artikel

India Meneruskan Pembelian Minyak Sawit Malaysia – Laporan Reuters

India telah meneruskan pembelian minyak sawit Malaysia setelah empat bulan tidak berbuat demikian berikutan masalah diplomatik.

Menurut sumber perdagangan, pembelian tersebut telah didorong oleh kejatuhan inventori domestik dan harga diskaun.

Pembelian tersebut telah diperbaharui apabila peningkatan hubungan perdagangan antara kedua-dua buah Malaysia dan India bertambah baik, ianya setelah pembentukan kerajaan baharu pada awal Mac lalu.

Malaysia telah menandatangani perjanjian minggu lalu untuk membeli 100,000 tan beras India.

Minggu lalu turut memperlihatkan pengikatan kontrak antara pengimport India hingga 200,000 tan minyak sawit mentah dari Malaysia, yang akan dihantar pada bulan Jun dan Julai.

Menerusi tindakan India ini ia dapat terus menyokong harga minyak sawit Malaysia, yang telah naik dari paras terendah sejak 10 bulan lalu.

Untuk makluman, India awal tahun ini telah mengehadkan import minyak sawit Malaysia setelah Perdana Menteri Mahathir Mohamad ketika Itu, mengkritik polisi New Delhi yang mempengaruhi minoriti Muslim negara itu.