Seramai 7.61 juta penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi fasa kedua telah menerima bayaran berjumlah RM3.41 bilion.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) pembayaran ini telah mencapai sehingga 93% daripada peruntukan untuk fasa kedua BPN.
Bagaimanapun MOF mengatakan terdapat sedikit masalah teknikal pada baki penerima yang lain. Ini menyebabkan pembayaran untuk fasa kedua ini dilanjutkan sehingga 22 Mei.
Manakala, bagi proses rayuan BPN pula masih kekal dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020. Setakat ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang berusaha menyemak dan mempertimbangkan permohonan penerima.