Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, YB Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar (MB) baharu negeri itu.
Setiausaha Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata upacara mengangkat sumpah MB ke-empat belas ini akan berlansung jam 3 petang, Ahad 17 Mei di Pejabat Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman.
Sebelum ini, didapati bahawa mantan MB Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah hilang majoriti di DUN Kedah, setelah 23 ADUN menyatakan sokongan mereka terhadap YB Sanusi.
Menurut Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim, perkara ini berlandaskan Perkara 37(6), Perlembagaan Negeri Kedah.