RON95, RON97 Naik 6 Sen

Written by Liyana · 20 sec read

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan secara mingguan, telah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Ini adalah penetapan harga runcit petroleum mingguan pada 16 Mei 2020 sehingga 22 Mei 2020.

Harga runcit petrol RON95 naik 6 sen pada paras RM1.31 seliter. Manakala harga RON97 juga naik 6 sen pada RM1.61 seliter dan Diesel juga naik 5 sen dengan harga RM1.45 sen.

Kenaikan ini disebabkan peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Berikutan itu, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak dunia bagi memastikan kebajikan rakyat negara terjamin, khususnya untuk PKS dan golongan B40.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *