Artikel

Peneroka FELDA, RISDA, FELCRA Terima RM300 – Bantuan Khas Hari Raya 2020

Hampir 500 ribu peneroka terjejas disebabkan kemerosotan harga pasaran bagi kelapa sawit dan getah.

Kumpulan peneroka yang terjejas ini adalah terdiri daripada peneroka, pekebun kecil dan peserta dibawah naungan FELDA, RISDA dan FELCRA.

Susulan kesan itu, bermula 18 Mei ini kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan dana Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 bernilai RM300 kepada warga peneroka bagi kategori B40.

Bantuan khas ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM148 juta ini akan memberi manfaat kepada 113 ribu peneroka FELDA, 90 ribu pengusaha FELCRA dalam kategori B40 dan 292 ribu pekebun kecil RISDA, iaitu pekebun yang mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar.