Setakat hari ini (15 Mei) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyaring seramai 424,306 individu bagi persampelan COVID-19.
Daripada angka tersebut, seramai 6,855 individu telah disahkan positif dan 417,451 individu pula disahkan negatif.
Susulan jumlah angka saringan ini, menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang menjalankan ujian saringan COVID-19 paling banyak di kalangan negara ASEAN yang lain.
Untuk makluman, KKM menggunakan kaedah saringan secara tertumpu (targeted screening) kepada kumpulan-kumpulan yang dikesan berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.