Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi telah memaklumkan terdapat dua sistem pangkalan data telah diwujudkan yang pertama adalah e-COVID.
Pelaksanaan sistem data ini adalah hasil kerjasama dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Sistem ini akan memastikan pengumpulan data daripada lapangan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat.
Selain sistem e-COVID, Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam atau SIMKA turut diwujudkan bagi kegunaan kesemua makmal COVID-19. Makmal tersebut merangkumi makmal KKM, universiti, MOSTi, hospital angkatan tentera dan makmal swasta.
Ini adalah merupakan satu pencapaian yang baik berbanding dengan sebelum ini, di mana data dari lapangan dan makmal telah dilaporkan secara manual.