Angka kematian COVID-19 kini telah mencecah melebihi 300,000 kes kematian di seluruh dunia.
Setakat ini lebih 180 buah negara di seluruh dunia telah mengesahkan memiliki kes positif COVID-19. Pengesahan itu membawa kepada catatan keseluruhan kes adalah 4.44 juta kes COVId-19 dicatatkan.
Status kes di Malaysia pula, sehingga semalam (14 Mei) telah mencatatkan jumlah sebanyak 6,819 kes positif – termasuklah jumlah kes pulih sebanyak 5,351 dan terdapat 1,356 kes yang masih aktif.
Manakala status bagi negara Asia Tenggara pula, memperlihatkan Singapura (lebih 26 ribu kes) dan Indonesia (lebih 16 ribu kes) mendahului catatan dalam peningkatan kes COVID-19.
Seterusnya, Filipina pula mencatatkan kes keseluruhan melebihi 11 ribu kes positif dan Thailand pula berada pada kedudukan dibawah Malaysia dengan angka kes keseluruhan 3,025 kes COVID-19.
Peningkatan angka kematian bagi kes COVID-19 ini jelas menuntut kita untuk sentiasa mematuhi garis panduan pencegahan dan mula menerapkan ‘norma baharu’ dalam kehidupan harian kita.
Kenyataan ini telah diperkukuhkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa, virus tersebut akan kekal bersama persekitaran kita. Untuk menanganinya, langkah pencegahan seperti penjarakan sosial, dan kebersihan tangan perlu sentiasa diamalkan.
Selagi vaksin masih belum ditemui, penerapan ‘norma baharu’ ini perlu diteruskan oleh masyarakat dunia.