Minggu lalu, YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah memutuskan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula 13 Mei hingga 9 Jun ini.
Susulan tindakan itu, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan sepanjang PKPB ini berlangsung.
Perkara yang boleh dilakukan:
- Semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi
- Pergerakan merentas daerah dalam negeri
- Perjumpaan sempena perayaan Hari Raya, Hari Gawai dibenarkan sehingga 20 orang sahaja untuk sebuah rumah
- Ziarah pengebumian
- Kenderaan hanya dibenarkan 3 orang sahaja dan penumpang mestilah dari rumah yang sama
- Boleh bersukan tetapi jaga jarak
Perkara yang tidak dibenarkan:
- Hiburan, riadah, sukan dan aktiviti rekreasi yang boleh menyebabkan orang ramai berkumpul
- Aktiviti di pub dan kelab malam, termasuk perniagaan restoran di pub dan kelab malam
- Aktiviti yang berkaitan dengan perayaan agama, budaya dan seni yang boleh menyebabkan orang ramai berkumpul
- Aktiviti perniagaan yang boleh menyebabkan orang ramai berkumpul
- Pertaruhan, mesin permainan atau aktiviti seperti perjudian, ramalan nombor, mesin slot dan perjudian lumba kuda atau pertaruhan dan aktiviti di kasino
- Aktiviti di tempat pekerja berpusat, asrama pekerja dan asrama yang boleh menyebabkan orang ramai berkumpul
- Pemasangan pakaian, menggunakan bilik persalinan di kedai pakaian, mencuba aksesori fesyen di kedai dan menggunakan penguji kosmetik di kedai
- Perkhidmatan di kedai gunting rambut dan salun kecantikan
- Penggambaran filem, drama, dokumentari dan iklan
- Aktiviti perkhidmatan pelancongan dan perkhidmatan di tempat penginapan
- Pemasangan dan penyelenggaraan aktiviti mesin (seperti lif, eskalator) serta menara kren di tapak pembinaan secara berkumpulan
- Kegiatan industri perkhidmatan kewangan dan perbankan yang melibatkan penjualan dan pemasaran bukan di dalam premis institusi kewangan dan bank, atau di tempat umum
- Kegiatan komersial yang melibatkan penjualan dan pemasaran tiada di dalam premis perniagaan, atau di tempat umum, tidak termasuk perniagaan makanan di medan selera, pusat penjaja, gerai makanan, trak makanan dan seumpamanya
Untuk mengetahui maklumat lanjut, boleh merujuk pada pautan ini Warta Kerajaan Persekutuan PKPB