Artikel

RHB Terbit Buku ‘Top 20’ Yang Mengetengahkan Syarikat-syarikat PKS Kepada Pelabur

RHB Investment Bank Bhd kini telah menyarankan para pelabur untuk melibatkan diri pada ekuiti modal kecil, ini bagi membantu pemulihan ekonomi.

Menurut Ketua Penyelidikan Ekuiti RHB, Alexander Chia – buat masa ini tawaran syarikat modal sederhana dan kecil pada nilai pasaran saham dilihat lebih baik.

“Momentum perdagangan kini memperlihatkan permintaan yang tinggi pada pasaran bagi saham syarikat modal kecil dan sederhana”, katanya.

Untuk tahun ini, perwakilan terbesar, sembilan syarikat atau 45% daripada 20 pilihan teratas RHB, berasal dari teknologi, dan sektor produk dan perkhidmatan industri. Penilaian median harga pendapatan bagi pengambilan modal kecil RHB adalah 12.6 kali, sementara pulangan rata-rata ekuiti (ROE) syarikat berada pada 11.7%.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Kapasiti Kecil RHB Malaysia, Lee Meng Horng turut mengatakan bahawa saham dalam syarikat kecil cenderung bergerak dalam skala yang lebih besar dibandingkan dengan pasaran yang lebih luas baik dalam aliran menaik dan aliran menurun.

Berdasarkan pemerhatian dasar RHB ini, berkemungkinan ekonomi negara dapat melakukan fasa pemulihan bagi separuh kedua tahun 2020 kelak.

Ini adalah petanda yang baik kepada ekuiti modal kecil.