Artikel

Hatten Group Potong 30% Gaji Pekerja, Akan Menutup Cawangan Yang Tiada Pulangan

Hatten Group yang kini telah memutuskan untuk melaksanakan skim perberhentian sementara bagi jangka masa pendek. Ini susulan kepada keputusan mereka untuk menutup cawangan operasi yang menunjukkan prestasi kurang membrangsangkan.

Keputusan ini dilakukan berdasarkan situasi ekonomi dunia yang tidak stabil, adanya tindakan itu – syarikat dapat menyusun semula strategi potensi pulang mereka.

Antara sektor dibawah Hatten Group yang berpusat di Melaka adalah hartanah, pelaburan hartanah, perhotelan, peruncitan dan pendidikan. Kesemua sektor ini akan melaksanakan pemotongan gaji sebanyak 30% kepada kakitangan di seluruh syarikat.

Sementara itu, mulai 1 Mei sebahagian pekerja lagi akan diberi cuti tanpa gaji selama 6 bulan.

Menurut Datuk Colin Tan, Pengarah Urusan Hatten Group – aliran tunai syarikat kini berada dalam keadaan yang kurang baik, sejak 2019. Ini kerana disebabkan penurunan ketara dalam penjualan pembangunan hartanah dan pelaburan hartanah.

Tan turut mengatakan perlu berbuat demikian kerana mereka perlu memikirkan tentang kos gaji kakitangan dan kos operasi.

Menerusi penerapan norma baharu, syarikat akan mengambil langkah berjimat cermat tertentu untuk mengekalkan aliran tunai dan memastikan kelangsungan operasi yang menguntungkan pasca-Covid-19.