Artikel

Lebih 70% Rakyat Malaysia Kini Menyokong Inisiatif Pembayaran Nirtunai – Visa

Kajian Pembayaran Pengguna Visa semalam (14 Mei) telah berkongsikan bahawa lebih 70% rakyat Malaysia kini menyokong langkah penggunaan nirtunai (tanpa tunai) secara meluas pada transaksi negara.

Daripada catatan tersebut, 69% responden dikatakan telah menggunakan lebih kerap kaedah pembayaran nirtunai ini. Selain itu, kaedah ini juga telah mula mendapat perhatian golongan mewah, di mana 77% menyatakan minat mereka untuk melaksanakan pembayaran secara nirtunai dan 85% pula sering membuat pembayaran nirtunai sekurang-kurangnya bagi sekali seminggu.

Tinjauan ini sekaligus memperlihatkan Malaysia antara negara Asia Pasifik yang pantas mempraktikan penggunaan nirtunai. Ini seiring dengan penggunaan kad Visa – iaitu menerusi imbasan kad.

Menurut Ng Kong Boon – Pengurus Visa Malaysia peningkatan ini mampu memberi kelebihan kepada warga peniaga khususnya, mendorong kepada peningkatan jualan dan proses aliran tunai akan terus meningkat dengan lebih cepat serta mudah.

Meskipun, peningkatan penggunaan kaedah ini memberikan gambaran positif kepada transaksi digital negara namun hakikatnya ia juga boleh menyebabkan perpecahan pada institusi pembayaran negara.

Bagi menghindarkan kekeliruan tersebut, Visa berpendapat kerjasama rapat antara perbankan, peniaga dan kumpulan Fintech perlu bersatu. Tindakan ini supaya dapat mencapai penyelesaian secara bersama dan memudahkan penerapan ekosistem nirtunai ini dalam kalangan rakyat Malaysia.