Artikel

Adakah Anda Tergolong Dalam 53% Yang Ingin Menonton Wayang Pasca-PKP?

Lebih separuh (52.94%) daripada 800 responden rakyat Malaysia mengatakan mereka ingin menonton wayang semula.

Data ini telah ini dibuktikan oleh portal Cinema Online, di mana tinjauan yang dilakukan ini bertujuan untuk mengetahui ketersediaan responden kembali menonton wayang setelah pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Tinjauan ini merangkumi 800 orang responden yang terdiri daripada lingkungan umur diantara 15 tahun hingga 60 tahun.

Manakala 30% responden lain pula mengatakan mereka akan menjadi pelanggan pertama yang membeli tiket filem sekiranya filem kegemaran mereka ditayangkan.

Malah apa yang lebih menarik, sebahagian besar responden turut berpendapat bahawa mereka rela untuk menonton secara bersendirian tanpa ditemani oleh rakan atau keluarga.

Menurut Marcel Lariche, Pengarah Urusan Cinema Online, tinjauan ini relevan di mana mereka dapat melihat pandangan rakyat Malaysia terhadap sektor pawagam sewaktu krisis COVID-19 ini berlaku.

Tanggapan itu sekaligus mencerminkan sektor pawagam masih dapat dikekalkan dan masih memiliki permintaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ini bermakna pertumbuhan ekonomi bagi sektor pawagam dapat dibangunkan semula. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan aliran tunai dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Marcel turut menjangkakan, dalam tempoh 2 bulan lagi, berkemungkinan besar sektor pawagam bakal dibuka. Namun kenyataan ini hanya tertakluk kepada pematuhan PKP dan kebenaran diberi oleh Kerajaan sahaja