Artikel

Setiausaha Dewan Rakyat Baru Dilantik, Menggantikan Riduan Rahmat Yang Dilantik 22 Feb Lalu

Menurut kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato; Mohamad Ariff bahawa Nizam Mydin kini telah dilantik sebagai Setiausaha Dewan Rakyat baharu, berkuat kuasa bermula semalam, 13 Mei 2020.

Pelantikan Nizam Mydin ini menggantikan kedudukan Riduan Rahmat yang telah bertukar tugas selaku Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Dewan Negara.

Nizam Mydin merupakan graduanĀ  Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Undang-undang dari Universiti Monash, Australia. Kini, beliau sedang mengikuti pengajian Ph.D Undang-undang pengkhususan dalam Parlimen di UM.

Turut difahamkan beliau memiliki pengalaman hampir 15 tahun dalam arena perkhidmatan kerajaan sejak tahun 2005 lagi. Sebelum memegang jawatan terkini, beliau adalah Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Hal Ehwal Perlembagaan dan Parlimen, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.